SINAR kini tampil dengan penampilan yang lebih moden, terkini, positif dan memberi inspirasi bersesuaian dengan tagline Menyinari Hidupmu.
Menghiburkan pendengar dengan genre muzik yang pelbagai dari era 80an, 90an, 2000 juga yang terkini dan mensasarkan pendengar Melayu moden yang berusia di antara 25 hingga 39 tahun. Sekiranya anda membesar dengan muzik-muzik daripada Ella, Visa, Hattan, dan Ziana Zain, inilah stesen untuk anda.
Sejajar dengan kehendak masyarakat Melayu Moden sekarang yang mementingkan elemen-elemen kerohanian, SINAR turut menyelitkan segmen-segmen yang bersesuaian yang memberi inspirasi kepada masyarakat.
SINAR akan sentiasa ingin Menyinari Hidupmu dengan hiburan dan program yang berkualiti untuk pendengar.